Assalamualaikum. Pada 14 Mac 2013 yang lalu telah berlangsungnya Pameran Sains semperna Minggu Sains dan Matematik peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat Johor. Hal ini dapat memupuk pelajar untuk lebih meminati bidang sains.
Dua orang pelajar sedang menerangkan berkaitan kestabilan paku yang di susun dan di stabilkan diatas sebatang paku. Hal ini adalah berkaitan dengan imbangan.
Seorang pelajar sedang menyediakan beg plastik berzip yang dipenuhi air bagi pameran berkaitan dengan Kebocoran Beg Plastik sama ada air akan melimpah keluar atau tidak selepas dicucuk dengan pensel tanpa menarik pensel keluar semula.
3 orang pelajar perempuan yang menyelia pameran berkaitan dengan Buih Ular. Ini menunjukkan tindak balas antara Potassium Iodida dan Hydrogen Peroksida.
Pameran berkaitan Penyalaan dan pemadaman kayu uji menyala. Hal ini adalah berkaitan dengan tindak balas campuran yis dan serbuk soda (Sodium Bikabonat) dengan Cuka akan menghasilkan Karbon dioksida (CO2) dan Air (H2O) yang akan menyebabkan kayu uji menyala terpadam. Manakala campuran yis dan serbuk soda (Sodium Bikabonat) dengan Hydrogen Peroksida akan menghasilkan Oksigen (O2) dan Air (H2O) yang akan menyebabkan kayu uji berbara menyala.
Pameran berkaitan Tindak Balas Asid yang dikendalikn oleh 2 orang pelajar dari kelas Sains Tulen.
Sorang pelajar menunjukan pameran berkaitan dengan susu ajaib kepada guru sains Pn. Noorizah dan para pelajar yang lain yang menunjukkan susu yang di titikan dengan setitik pelbagai jenis warna di tengah bertindak balas dengan sabun cecair basuh pinggan.
Pelajar bertungkus lumus menyiapkan proses pembuatan sabun.
Pelajar sedang membuat demostrasi berkaitan kereaktifan logam terhadap air.
Suasana semasa pameran sedang berlangsung
Pameran berkaitan dengan proses penyanduran yang di kendalikan oleh 2 orang pelajar dan sedang menerangkan kepada seorang pelajar tentang proses-proses yang sedang berlangsung.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment